Sunday, December 20, 2009

Rock Oil Malaysia




Rock Oil Malaysia telah menaja minyak pelincir untuk lapan pemenang pertandingan Drift yang terbaik. maka untuk setap 8 pemenang utama untuk pertandingan itu akan menerima hadiah tambahan sebotol minyak pelincir tajaan Rock Oil Malaysia.

Rock Oil Malaysia adalah sebuah syarikat yang semakin menjadi sebut-sebutan dalam sukan permotoran di Malaysia dan telah menempah nama di hati peminat sukan permotoran ekstreme. Syarikat ini juga telah menaja pasukan UTM Racing Team dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ).

Mendengar khabar syarikat ini ingin menaja dalam sukan permotoran Drift dan Drag dari pada rakan-rakan dan akhbar tempatan, skuad sponsor dari UTHM Drift dengan pantas menghubungi Rock Oil Malaysia yang berpusat di Pulau Pinang. Ternyata usaha ini membuahkan hasil apabila syarikat ini menawarkan 8 botol minyak pelincir keluaran Rock Oil yang beharga RM1xx.xx setiap satu sebagai hadiah untuk pemenang.



Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Syarikat Rock Oil Malaysia yang telah menaja hadiah tambahan yang lumayan untuk para pemenang pertandingan ini..

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com