Monday, December 28, 2009

Hadiah Lumayan Untuk Para Pemenang....

1 comments


Hadiah yang ditawarkan untuk para pemenang setiap kategori memang sangat-sangat lumayan. Di tambah lagi dengan hadiah tajaan penaja yang sememangnya menawarkan tawaran yang sangat menarik untuk direbut. Jgn lepaskan peluang keemasan ini...


DRIFT OPEN

i. 1st RM1500+TROPHY+HAMPER
ii. 2nd RM1000+TROPHY+HAMPER
iii. 3rd RM500+TROPHY+HAMPER
iv. 4th TROPHY+ HAMPER
v. 5th TROPHY ONLY
vi. 6th TROPHY ONLY
vii. 7th TROPHY ONLY
viii. 8th TROPHY ONLY

Total Cash Money = RM2000.00



AUTOSHOW (CAR)

i. 1st RM300+TROPHY+HAMPER x 4
ii. 2nd RM200+TROPHY+HAMPER x 4
iii. 3rd RM100+TROPHY+HAMPER x 4
iv. 4th TROPHY x 4

Total Cash Money = RM2400.00



AUTOSHOW (MOTORCYCLE)

i. 1st RM150+TROPHY+HAMPER x 3
ii. 2nd RM100+TROPHY+HAMPER x 3
iii. 3rd RM50+TROPHY+HAMPER x 3
iv. 4th TROPHY x 3

Total Cash Money = RM900.00


Kami juga sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan kategori Superbike..... hmmm... ada siapa blh bg cadangan x??

Sunday, December 20, 2009

Rock Oil Malaysia

0 comments


Rock Oil Malaysia telah menaja minyak pelincir untuk lapan pemenang pertandingan Drift yang terbaik. maka untuk setap 8 pemenang utama untuk pertandingan itu akan menerima hadiah tambahan sebotol minyak pelincir tajaan Rock Oil Malaysia.

Rock Oil Malaysia adalah sebuah syarikat yang semakin menjadi sebut-sebutan dalam sukan permotoran di Malaysia dan telah menempah nama di hati peminat sukan permotoran ekstreme. Syarikat ini juga telah menaja pasukan UTM Racing Team dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ).

Mendengar khabar syarikat ini ingin menaja dalam sukan permotoran Drift dan Drag dari pada rakan-rakan dan akhbar tempatan, skuad sponsor dari UTHM Drift dengan pantas menghubungi Rock Oil Malaysia yang berpusat di Pulau Pinang. Ternyata usaha ini membuahkan hasil apabila syarikat ini menawarkan 8 botol minyak pelincir keluaran Rock Oil yang beharga RM1xx.xx setiap satu sebagai hadiah untuk pemenang.



Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Syarikat Rock Oil Malaysia yang telah menaja hadiah tambahan yang lumayan untuk para pemenang pertandingan ini..

Gila Kereta - majalah rasmi

0 comments




Ya untuk pengetahuan semua, UTHM Drift Autochallenge akan diiklankan di dalam majalah Gila Kereta untuk keluaran bulan Januari 2010.Majalah ini juga merupakan salah satu daripada majalah rasmi untuk program ini.

Untuk maklumat lanjut, majalah ini sekarang berada pada kedudukan teratas bagi peminat-peminat kereta kerana bahan dan isi-isi yang disiarkan di dalam majalah ini amat-amat memenuhi kehendak peminat-peminat kereta.

Anda juga boleh melayari laman web majalah Gila Kereta ini secara online di:





Oleh yang demikian, kepada setiap individu sama ada muda remaja ataupun dewasa haruslah memiliki keluaran bulan Januari 2010 ini dan seterusnya..... Jangan lepaskan peluang anda...

Thursday, December 17, 2009

UTHM Drift Autochallenge

2 comments

Program ini telah dijayakan oleh para pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan sokongan dan bantuan dari pihak profesional & berpengalaman dari Ilmatech Sdn Bhd.

Terdapat beberapa aktiviti utama yang akan dijalankan untuk memeriahkan lagi majlis ini iaitu pertandingan "Drift" "modified" kereta (Autoshow), "modified" motorsikal (bikeshow), Demo Audio sistem dan pelbagai lagi pertunjukan menarik yang akan diadakan di kawasan program tersebut berlangsung.

Program ini berkonsepkan kepuasan peserta, penonton dan penganjur apabila pihak penganjur telah berusaha untuk memenuhi sebanyak mungkin keperluan dan kehendak pelbagai pihak. Hadiah yang ditawarkan juga adalah sangat lumayan ditambah lagi dengan tajaan dari pihak-pihak swasta.


Untuk pertandingan
"Drift" hanya satu kategori dipertandingkan iaitu terbuka yang boleh disertai oleh semua jenis kereta.

Bagi pertandingan
"modified" kereta (Autoshow) pula, sebanyak empat kategori akan dipertandingkan iaitu:
  1. Perodua Standard Modified
  2. Proton Standard Modified
  3. Open Standard Modified
  4. Open Extreme Modified

Tidak dilupakan juga untuk remaja-remaja yang mempunyai minat yang mendalam terhadap motorsikal, tiga kategori
"modified" motorsikal (bikeshow) akan dipertandingkan iaitu:

  1. Classic
  2. Standard Modified
  3. Extreme & Airbrush
Selain itu, terdapat juga Demo Audio sistem yang akan disertai oleh mereka-mereka yang mempunyai syarikat audio system yang berpotensi tinggi untuk dimajukan.

Wednesday, December 16, 2009

Poster Uthm Drift Autochallenge

0 comments


Poster rasmi untuk program ini telah diterbitkan dengan bantuan juga dari pihak profesional yang telah lama berkecimpung dalam bidang rekabentuk pengiklanan. Hasil yang diperolehi adakah sangat-sangat memuaskan. Maklumat yang dicatatkan juga adalah lengkap, ringkas dan padat.

JZKK (JazaKallahu Khairan Kathira - Thanks a lot)
May Allah Rewards us Jannatul Firdaus.. Ameen..

Muhamad Syauqi bin Osman
Designer of iLuvislam.com
Aircraft Maintenance Technician
Malaysia Airlines System
Email : arexibivo@hotmail.com
Phone : +6 0123496521


http://www.iluvislam.com/projects/images/icon_iluvislam.gif

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana telah bertukus lumus menyaipkan poster tanpa mengira erti penat lelah.

Aktiviti Sampingan Uthm Drift Autochallenge

0 comments


Satu lagi publisiti untuk Program "UTHM drift Autochallenge" ini. Banner ini akan digantung di sekitar Bandar Batu Pahat, Parit Raja dan di dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sendiri.

Bagi sesiapa yang ada masa pada tarikh tersebut dijemput datang memeriahkan lagi program ini. Selain daripada empat aktiviti utama, terdapat juga aktiviti-aktiviti sampingan yang akan disajikan untuk para peminat serta penonton yang hadir. Masyarakat yang berada disekitar Batu Pahat tidak sepatutnya melepaskan peluang ini kerana program "UTHM drift Autochallenge" ini menjanjikan kelainan daripada program-program drift yang telah dianjurkan sebulum ini.

Beberapa aktiviti sampingan yang disenarai pendekkan:

  1. Pameran Pencapaian Fakulti Kejuruteraan UTHM.
  2. Pameran kereta-kereta yang sukar untuk dilihat dijalanraya dari (Mutiara Motors,dll)
  3. F1 Petronas Truck (PETMOS)
  4. Pameran dari PDRM (Patrol Bike & Eagle Highway)
  5. Pameran dari Bomba (Rescue Bike)
  6. 4x4wd Klang Team (Extreme 4x4wd)
  7. Jualan asesori kereta
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com