Wednesday, December 16, 2009

Aktiviti Sampingan Uthm Drift Autochallenge




Satu lagi publisiti untuk Program "UTHM drift Autochallenge" ini. Banner ini akan digantung di sekitar Bandar Batu Pahat, Parit Raja dan di dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sendiri.

Bagi sesiapa yang ada masa pada tarikh tersebut dijemput datang memeriahkan lagi program ini. Selain daripada empat aktiviti utama, terdapat juga aktiviti-aktiviti sampingan yang akan disajikan untuk para peminat serta penonton yang hadir. Masyarakat yang berada disekitar Batu Pahat tidak sepatutnya melepaskan peluang ini kerana program "UTHM drift Autochallenge" ini menjanjikan kelainan daripada program-program drift yang telah dianjurkan sebulum ini.

Beberapa aktiviti sampingan yang disenarai pendekkan:

  1. Pameran Pencapaian Fakulti Kejuruteraan UTHM.
  2. Pameran kereta-kereta yang sukar untuk dilihat dijalanraya dari (Mutiara Motors,dll)
  3. F1 Petronas Truck (PETMOS)
  4. Pameran dari PDRM (Patrol Bike & Eagle Highway)
  5. Pameran dari Bomba (Rescue Bike)
  6. 4x4wd Klang Team (Extreme 4x4wd)
  7. Jualan asesori kereta

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com