Thursday, December 17, 2009

UTHM Drift Autochallenge



Program ini telah dijayakan oleh para pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan sokongan dan bantuan dari pihak profesional & berpengalaman dari Ilmatech Sdn Bhd.

Terdapat beberapa aktiviti utama yang akan dijalankan untuk memeriahkan lagi majlis ini iaitu pertandingan "Drift" "modified" kereta (Autoshow), "modified" motorsikal (bikeshow), Demo Audio sistem dan pelbagai lagi pertunjukan menarik yang akan diadakan di kawasan program tersebut berlangsung.

Program ini berkonsepkan kepuasan peserta, penonton dan penganjur apabila pihak penganjur telah berusaha untuk memenuhi sebanyak mungkin keperluan dan kehendak pelbagai pihak. Hadiah yang ditawarkan juga adalah sangat lumayan ditambah lagi dengan tajaan dari pihak-pihak swasta.


Untuk pertandingan
"Drift" hanya satu kategori dipertandingkan iaitu terbuka yang boleh disertai oleh semua jenis kereta.

Bagi pertandingan
"modified" kereta (Autoshow) pula, sebanyak empat kategori akan dipertandingkan iaitu:
  1. Perodua Standard Modified
  2. Proton Standard Modified
  3. Open Standard Modified
  4. Open Extreme Modified

Tidak dilupakan juga untuk remaja-remaja yang mempunyai minat yang mendalam terhadap motorsikal, tiga kategori
"modified" motorsikal (bikeshow) akan dipertandingkan iaitu:

  1. Classic
  2. Standard Modified
  3. Extreme & Airbrush
Selain itu, terdapat juga Demo Audio sistem yang akan disertai oleh mereka-mereka yang mempunyai syarikat audio system yang berpotensi tinggi untuk dimajukan.

2 comments:

drift on December 19, 2009 at 7:24 PM said...

pergh best siot!!!!

uthmdrift on December 19, 2009 at 9:28 PM said...

best2....

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com