Tuesday, January 12, 2010

E-Tech Energy Resources Sdn Bhd




Alhamdulillah.... satu lagi syarikat telah menerima status "Silver Sponsorship" untuk program UTHM Drift nie. Salah satu perkembangan yang sangat menarik perhatian. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Syarikat E-Tech Energy Resources Sdn Bhd kerana sudi menaja.

Syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang menerokai teknologi baru untuk melindungi persekitaran daripada bencana pencemaran serta menjimatkan penggunaan tenaga.



Inilah dia produk keluaran syarikat ini yang diberi nama E-box. Produk ini perlu disambungkan pada kenderaan atau enjin dengan cara yang tertentu. Secara ringkasnya produk ini akan menghasilkan 0% karbon pada pembakaran enjin. Oleh yang demikian, pencemaran daripada asap kenderaan dapat dikurangkan.

Untuk maklumat lebih lanjut, datanglah program UTHM Drift ini kerana mereka akan mengadakan demo tentang penggunaan sistem ini.. jom sama-sama kita selamatkan bumi tercinta daripada kemusnahan. Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk E-Tech Energy Resources Sdn Bhd.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com