Terdapat beberapa aktiviti utama yang akan dijalankan untuk memeriahkan lagi majlis ini iaitu pertandingan "Drift" "modified" kereta (Autoshow), "modified" motorsikal (bikeshow), Demo Audio sistem dan pelbagai lagi pertunjukan menarik yang akan diadakan di kawasan program tersebut berlangsung.
Program ini berkonsepkan kepuasan peserta, penonton dan penganjur apabila pihak penganjur telah berusaha untuk memenuhi sebanyak mungkin keperluan dan kehendak pelbagai pihak. Hadiah yang ditawarkan juga adalah sangat lumayan ditambah lagi dengan tajaan dari pihak-pihak swasta.
Untuk pertandingan "Drift" hanya satu kategori dipertandingkan iaitu terbuka yang boleh disertai oleh semua jenis kereta.
Bagi pertandingan "modified" kereta (Autoshow) pula, sebanyak empat kategori akan dipertandingkan iaitu:
- Perodua Standard Modified
- Proton Standard Modified
- Open Standard Modified
- Open Extreme Modified
Tidak dilupakan juga untuk remaja-remaja yang mempunyai minat yang mendalam terhadap motorsikal, tiga kategori "modified" motorsikal (bikeshow) akan dipertandingkan iaitu:
- Classic
- Standard Modified
- Extreme & Airbrush
2 comments:
pergh best siot!!!!
best2....
Post a Comment